Setiap manusia mempunyai cerita ,kisah hidup , perasaan
masing -masing. tetapi untuk orang memahami impian kite sangatlah susah , walapun orang itu adalah orang yang paling rapat sangat dengan diri kita. Susah hendak orang lain baca hati kita dan susah juga untuk kita baca hati org lain. Untuk mencapai kata sefahaman mmg bukan mudah. Perbincangan kecil membawa kepada perbincangan yang besar. Semuanya dengan satu tujuan untuk mnyelesaikan masalah , tetapi untuk mencapai kata sepakat bukanlah mudah. Dari perbincangan yang kecil telah menjadi sebuah perbincangan yang besar hingga melibatkan pergaduhan , perasaan diri masing-masing. Pelbagai permainan perasaan bermain di dalam diri . Bende yang remeh dijadikan sebagai isu besar. Ah ! rumitnya manusia ni. Kan senang kalau bende yang engkau nak engkau bagitahu sahaja. Tapi ada juga manusia benda yang engkau tak nak engkau saja katakan supaya orang lain x boleh menduga diri engkau sebenarnya. Rumitkan manusia ni?
Aku tak paham kenapa kau tidak boleh berterus terang dan kenape hendaknya bermain sembunyi perasaan ni. Diri ku sangat mudah , jika aku rase aku perlu katakan sesuatu bende aku akan katakan. aku tak suka bermain sembunyi sembunyi ni. Kenapa orang lain nak main sembunyi2 perasaan dengan aku ni. Aku cuba untuk pahami orang itu tetapi kenape susah untuk aku lakukan sedemikian. (mungkin orang itu pun tak dapat fahami aku kan?)
Sedihnya hati bila rasa mcm ni.
p/s: nampak sangat blog aku ni tempat luahkan perasaan kan. Swiss punya update pun x tulis kat blog lagi. Btw im here in Zurich dah 4 minggu dah. Doakan ieka belajar sunguh2 di sini ye.
No comments:
Post a Comment