Tuesday, August 10, 2010

pesanan khidmat masyarakat

Untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih afdal lagi kita semua digalakkan untuk memohon maaf kepada insan-insan yang pernah menjadi mangsa kita. Mana x nyer kalau kita senyum kat org tuh dan orang itu tidak membalas senyuman kita , kita pulak membuat andaian orang itu sombong nak mampus sedangkan dia rabun jauh x nampak kita. Kalau orang tuh pandang pelik kat kita , kita pulak ckp orang tu nak carik gaduh ngn kita sedangkan die tgok lama sbb baju kita lawa ker , beg lawa ker ataupun kita yang lawa. :) ahaks Kalau lecturer menegur kita dan memarahi kita , kita anggap pulak cikgu tu x berhati perut , kejam. Sedangkan kita perlu melihat kembali apa kesalahan kita , mengapa kita di tegur pada mulanya.Kalau mintak pinjam duit pada kawan , kawan x bagi , kita pulak kata kat orang lain die kedekut sedangkan dia pun tiada duit dan datang dari keluarga yang susah.

Inilah kesemua pemikiran yang sempit yang hanya mengikat kita , pergi mane2 pun x dapat kemajuan mcm orang penang kata pi mai pi mai tang tu gak!
Manusia seperti ini, yang suka membuat andaian awal adalah insan yang cepat menghadapi kemurungan mana x nye Kajian pakar otak pun menunjukkan bahawa orang yg suka bersangka buruk boleh menyebabkan orang itu cepat jatuh sakit. Ini kerana kemurungan berkaitan dengan sistem ketahanan badan.
Oleh yang demikian kita perlulah membuang tanggapan negatif dan berfikir dahulu mengapa sesuatu benda boleh jadi begitu dan bukanlah hanya membuat andaian awal serta bersangka buruk dan pada masa yang sama kita jugaboleh menjaga tubuh badan sihat ini pemberian yang Esa.


Jadi ,jomlah kita semua memulakan amalan berfikiran positif dan baik dan berhentilah bersangka buruk tanpa bertanya akan hal sebenar di bulan ramadhan ini. Kan dah elok tuh.Lagi satu kalau kita sedar kawan kita ni banyak bersangka buruk , kita perlulah menegur dia kerana kita juga lama kelamaan akan terpengaruh dengan sangkaan buruk dia itu. X pasal -pasal dah bergaduh sane sini. Yang penting ksesemua konflik yang kita hadapi akan dapat diatasi jika niat kita yang benar dan dibawak berbincang.
Moga-moga ramadhan tahun ini akan dapat di laksanakan dengan seelok2nya dan diredhai Allah. Itu sahaja daripada aku dan diharap pesanan ini dapat membuka minda korunk semua. Insyallah.



Gambar saje2 dah penat edit tuh yg nak taruk gak. hahaa

p/s: Gembira hati ini apabila sahur pertama ku dijamu dengan ayam masak merah n rebung masak lemak. Terima kasih sgt2 sbb susah2 je dtg ke UPM ni. <3 lain kali bawak la satay pulak yer ..mcm teringin jer ..hahahaa

2 comments:

  1. cheh ko, mama dah bawak kire bagus dah~~

    meh hantar sini meh..

    ReplyDelete
  2. ko konfiden je ckp mama yang dtg hntr ..hohohoho
    mama masak ikan masin masal lemak nenas laaa

    na kalo aku ade lesen kapal terbang dah lama aku hantar nasi ayam kat ko nyer
    hahahaha

    ReplyDelete